Khasiatnya:
1.Aisyah r.a. menerangkan: Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, beliau membaca surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq dan surah An-Naas.Ditiupkan pada kedua tapak tangan kemudian disapukan ke seluruh tubuh dan kepala.
2. Sayyidina Ali r.a. menerangkan :Pernah Rasulullah s.a.w. digigit kala,kemudian beliau mengambil air garam .Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Naas lalu disapukan pada anggota yang digigit kala tadi.
3. Uqbab bin Amir menerangkan :Ketika saya sesat di jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah s.a.w . beliau membaca surah Al-Falaq dan An-NAAS dan akupun disuruh beliau juga membacanya.
4.Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia ,hendaklah membaca Al-Falaq dan An-Naas sebanyak 41 kali .Tiga , lima hari ,atau tujuh hari berturut-turut .
5. Siapa takut akan godaan syaitan atau manusia atau takut dalam kegelapan ,malam ,atau takut kekejaman Raja ,bacalah surah Al-Falaq dan surah An-Naas sebanyak 100 kali.
6. Uqbab menerangkan ,Rasulullah s.a.w. berkata kepada daku :Mahukah kuajarkan kepadamu dua buah surah tidak terdapat bandingannya dalam Zabur,Taurat dan Injil?'' Saya menjawab :''Baiklah ya Rasulullah .'' Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca surah Al-Falaq dan surah An-Naas.
No comments:
Post a Comment