Wednesday 13 September 2023

Pengalaman Berniqab

Assalammualaikum w.b



    Alhamdulillah, baru beberapa bulan Dy mengenakan full niqab.  Jadinya hari ni, Dy nak cerita serba sedikit pengalaman Dy berniqab. First, Dy bukanlah berpendidikan agama dan dari keluarga berlatarbelakangkan agama ,just biasa-biasa je. Semua niat tu datang dari mimpi dan hati sendiri. Dy hanya mengikut hati sendiri. Bak kata orang ''benda baik jangan tangguh-tangguh'' selagi tak melanggar syariat agama ,just go je. Tapi, ofcourse kena buat dengan ilmu, tanya dengan orang lebih pandai dan Dy buat research dulu. Bila pakai pertama kali rasa selesa ,nyaman dan selamat jer. Rasa nak buat benda tak baik tu kurang ,ibarat dicegah . Ya la, kita nak jaga imej pemakaian Saidatina Fatimah kan, nanti kalau kita buat benda tak baik mencemarkan kesucian pemakain ni. Mulut ,akhlak nak kena jaga ,tabarruj tu jauhkan la  tengok balik fungsi niqab ni. 

    Masa pertama kali pakai niqab Dy takut juga penerimaan dari parents tapi Alhamdulillah mereka okay  dan mereka suka lagi perubahan Dy. Dy berubah secara perlahan dan tak drastik. Dy memang pakai tudung dari kecil lagi tapi tak sempurna pada pandangan Dy dan makin lama makin menutupi dan hingga lah ke niqab. Sebenarnya ujian niqab ni ada ujiannya tersendiri sebab tu mula-mula kena niat kerana Allah. Pakai niqab bukan setakat menjaga aurat kita saja tetapi menjaga akhlak kita, 

Buat yang tak memakai niqab, boleh je bergantung pada hukum yang diambil yang pastinya jaga aurat semasa solat tu ya. Buat yang belum menutup aurat Dy doakan supaya korang akan menutup aurat , Insyaallah aamiin.

Susah kan nak jaga imej pemakaian berniqab ni. Doakan Dy sentiasa istiqamah ya. 

Korang ada pengalaman atau perkongsian boleh cerita diruang komen .

Terima kasih

Friday 7 November 2014

Al-Imam Abu Hanifah

Riwayat Hidup

Nama beliau-Nuiman  bin Thabit r.h.
Dilahirkan-Kufah pada tahun 80H/699M
Berketurunan- Farsi
Bapanya seorang peniaga kain .
Dibesarkan di Kota Kufah dengan kehidupan yang senang.
Terdidik dalam urusan perniagaan .Mendapat kemudahan menuntut ilmu.
Seorang saudagar  yang berpengetahuan  tinggi dan berpegang teguh dengan hukum Allah.
Meninggal dunia  pada bulan rejab tahun 150H/767M ketika berusia 70 Tahun.


Pendidikan Imam Abu Hanifah R.H.

Menuntut ilmu sejak kecil lagi sehingga ke peringkat yang paling tinggi.
Mempelajari pelbagai ilmu terutama ilmu undang-undang Islam.
Berguru dengan beberapa orang ulama  yang hidup sezaman dengannya.
Belajar ilmu fekah dengan Imam Hamad  bin Abi Sulaiman  selama 18 tahun
Berguru dengan beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu:
-Anas bin Malik r.a.
-Abdullah bin Abi Anfa r.a.
-Abdullah bin Al-Hassan r.a.
-Abdullah bin Al-Harith r.a.
-Zaid bin Ali r.a.
-Ma'qal bin Yassar r.a.


Murid Imam Abu Hanifah yang masyhur:
-Abu Yusof
-Yaakub bin Ibrahim Al-Ansari  Al-Kufi
-Zufru  Al-Huzaili bin Qais Al-Kufi
-Muhamad bin Hassan As-Syaibani
-Al-Hassan bin Ziad Al-Lu'Lui Al-Kufi


Sumbangan Abu Hanifah terhadap tamadun Islam

Banyak mengajar di Masjid
Menyelesaikan masalah fekah dengan kritis dan terbuka
Ulama pertama yang menyusun kitab fekah
Menyusun cara mengeluarkan hukum
Banyak mengarang kitab
Mengasas mazhab Hanafi
Teliti menentukan hukum  mengikut martabat hadis

Abu Hanifah pernah dipenjarakan oleh pemerintah pada zamannya...
-Pernah dipenjara dan disebat 100 kali sebatan kerana:
 Menolak jawatan  jurutulis surat rasmi kerajaan Bani Umaiyah
Menolak jawatan hakim di Baghdad
Menolak jawatan kadi di Kufah

-Diseksa sehingga meninggal dunia.


Kaedah yang digunakan dalam menentukan hukum mengikut susunan:
-Al-Quran
-As-Sunnah
-Al-Ijmak
-Qias
-Istihsan
-Uruf
-Fatwa-fatwa sahabat

 Kitab Karangan:
-Al-fiqh  Akbar dan kitab Al-Faraid.

-->Mazhab Hanafi ini telah tersebar dinegara Islam terutama di Iraq,Mesir ,Syria,Lubnan  dan Bosnia.


Friday 7 February 2014

1 kata pendek

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Wednesday 20 November 2013

Khasiat Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas

Khasiatnya:

1.Aisyah r.a. menerangkan: Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam  apabila   hendak  tidur, beliau membaca  surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq  dan surah An-Naas.Ditiupkan  pada  kedua  tapak tangan kemudian  disapukan ke seluruh tubuh  dan  kepala.

2. Sayyidina Ali r.a.  menerangkan :Pernah Rasulullah  s.a.w. digigit    kala,kemudian  beliau mengambil air garam .Dibacakan  surah Al-Falaq   dan surah An-Naas  lalu disapukan  pada anggota yang digigit  kala tadi.

3. Uqbab  bin Amir menerangkan :Ketika saya sesat di jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah s.a.w . beliau membaca surah Al-Falaq dan An-NAAS dan akupun disuruh beliau juga membacanya.


4.Barangsiapa  terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan  atau manusia ,hendaklah  membaca Al-Falaq dan An-Naas  sebanyak 41 kali .Tiga , lima hari ,atau tujuh  hari berturut-turut .

5. Siapa takut  akan godaan  syaitan  atau manusia  atau takut  dalam kegelapan ,malam ,atau takut  kekejaman Raja ,bacalah surah Al-Falaq  dan surah An-Naas  sebanyak 100 kali.

6. Uqbab menerangkan ,Rasulullah  s.a.w.  berkata kepada daku :Mahukah kuajarkan kepadamu dua buah  surah tidak  terdapat  bandingannya  dalam  Zabur,Taurat dan Injil?'' Saya menjawab :''Baiklah  ya Rasulullah .'' Kemudian  Rasulullah  s.a.w.  membaca  surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

Kalimat Tammah-Penjelasan

Ketika  Rasulullah s.a.w.  sedang  dalam perjalanan  ke Israa',  sebelum sampai  ke tempat yang ditujui  tercium  olehnya bau  yang harum  , bau Masitah  penyisir anak  Firaun .Di situ  Nabi s.a.w.  melihat Afrit  yang mengikuti   dari belakang  dengan ubur api  pembakar kebenaran   hendak  membinasakan   Rasulullah  s.a.w.  Malaikat   Jibrail mengajarkan   kalimat sakti  (Kalimat Tammah) untuk menolk  dan menghancurkan   Ifrit tersebut .Kalimat  itu dibaca  oleh Rasulullah s.a.w.  maka Ifrit tersungkur   jatuh di atas tanah   terbakar menjadi abu   oleh api obornya  sendiri  .Maka  dengan  ini kalimat   tersebut dapat dipergunakan untuk mengusir  Ifrit dan  syaitan   yang hendak  melemahkan keimanan kita   dan untuk menghindarkan  diri dari kejahatan   manusia  yang mengikuti nafsu  syaitannya   dan dari segala  kejahatan apa saja   yang ada didunia ini.


Keterangan:

1.Kalimat yang sempurna:Kitab  Al-Quran yang berisi kalimat-kalimat  sakti tatacara pergaulan  ,ibadat ,anjuran ,peringatan ,keimanan,sejarah   berhikmat dan sebagainya.

2. Kejahatan yang turun   dari langit  :Bala ,wabak, udara  buruk , taufan ,petir ,riihul ahmar ,kuman-kuman ,penyakit  yang berterbangan  di udara dan sebagainya.

3.Kejahatan yang naik ke langit : Catatan  amal buruk  yang membawa  naik oleh Malaikat -malaikat  ke langit , ruh orang-orang jahat, iblis yang mencuri  berita  di langit  dan sebagainya.

4.Kejahatan  yang  terjadi  di muka bumi: Gangguan syaitan, jin dan manusia , binatang buas,kezaliman ,hasut,fitnah,buruk sangka,niat jahat,peperangan dan sebagainya.

5.Kejahatan  yang terkeluar  dari bumi: Gempa bumi,gunung berapi, gas beracun ,binatang-binatang   yang keluar  dari bumi , berbisa dan sebagainya.

Ucapan Kalimah Basmallah Ketika Merebahkan Diri Untuk Tidur

Bacaannya:
BISMIKAALLAH HUMMA AHYA  WA AMUT.
Ertinya: Dengan nama Engkaulah ya Allah  aku hidup dan mati.

Ayat Kursi -Penjelasan.

Khasiatnya:
Imam Al-Ghazali menerangkan dalam kitabnya,KHAWASUL QURAN:Bahawa  Ibnu  Qutaibah  meriwayatkan suatu   peristiwa yg  terjadi di negeri Basrah,iaitu  salah seorang pedagang kurma bernama  Ka’ab  sampai  di sana, ia mencari   tempat penginapan ,tetapi semuanya  telah penuh diisi oleh pedagang-pedagang  yang telah datang terlebih dahulu .Kemudian Ka’ab   melihat  sebuah rumah kosong ,di dindingnya terdapat banyak  sarang labah-labah  .Kelihatannya  rumah itu telah lama   tidak  didiami orang .Ka’ab  datang kepada  yang empunya, ia ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang  satu minggu .Kata yang empunya rumah,rumah  itu aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai.Menurut  kata-kata  org; rumah itu ditempati  oleh jin Afrit.Banyak orang yang menempatinya binasa kerananya.Ka’ab berkata :’’Meskipun  demikian,kerana  tempat lain tidak ada ,saya bersedia  tinggal di tempat itu ,asal saja yang empunya mengizinkan .’’

          ‘’Baiklah, kata yang empunya  rumah .Saya tidak keberatan  dan saya tidak  memungut sewa apa-apa.’’ Ka’ab  tinggal di rumah itu mulai  petang hari  tidak merasa takut ,tetapi setelah   tengah malam  Ka’ab  ternampak bayangan  hitam dengan dua buah biji mata  bernyala-nyala seperti  api, mendekati Ka’ab  , maka segera  Ka’ab bangun dan membaca    :   ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM     , tetapi bayang hitam itu selalu mengikuti  apa yang dibaca  oleh Ka’ab  sehingga hamper  pada akhir ayat  yang  berbunyi: WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM.Tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, Ka’ab hairan dan ulanginya lagi: WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM. Tetapi tidak terdengar lagi suara  yang mengikutinya maka  dibacanyalah  berulang kali  dan bayang  hitam itupun  lenyaplah  dari pandangan  Ka’ab  dan tercium  suatu bau seperti ada sesuatu  yang terbakar .Kemudian Ka’ab   tidur ditempat  itu dengan  tidak mendapat  gangguan apa-apa  .Di pagi hari  Ka’ab  melihat  di salah  satu sudut   rumah itu ada  bekas-bekas  seperti  ada sesuatu yg telah  terbakar  dan tempat itu ada abu.


         Di saat itu ka’ab  mendengar  suatu suara berkata:’’Hai Ka’ab  engkau telah membakar  jin ifrit  yang ganas .Ka’ab  hairan  dan berkata  : ‘’  Dengan apa aku membakarnya . ‘’jawab  suara itu  ‘’Dengan firman Tuhan: WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM.